CARA UNTUK MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK.
Our bill since masuk rumah baru ni for the past 7 months mesti RM35-RM40. Tu cuma guna laptop, television, rice cooker, electric kettle, charge phone and kipas. I admit yang my bill tinggi sebab penggunaan laptop yang melampau 24/7. I just can't stop it (+______+)" the habit. So Lin gigih google ways to save electric. Alhamdulillah, even start last month dah ada washer machine, TV and Astro; I manage to reduce my bill from RM37 to RM31 this month. Kan best kalau bill bawah RM20, tak payah bayar.

- Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa
- Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 – 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru
- Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.
- Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian – anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
- Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.
- Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.
- Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus. Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.